~NUR SYAZWANI AZMI BLOG~
~MY NAME IS NUR SYAZWANI AZMI.......JUST CALL ME WANI~
Monday, August 5, 2013
Wednesday, July 31, 2013
SELAMAT HARI RAYA
Selamat Hari Raya buat semua umat islam.....Semoga hidup sentiasa diberkati Allah
SEJARAH KELANTAN
Sebelum sempat mendarat di bumi
berkat Tanah Melayu, YM. Syed Hussein JamadilKubra dan
saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar
sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga YM
baginda Syed Hussein JamadilKubra hampir-hampir berputus asa dan beliau
bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan
berikrar akan mendirikan sebuah 'rumah Allah' (masjid)jika mereka
terselamat dari bencana karam itu.
Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu doanya telah makbul (rujuk buku Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu Bakar Adtjeh)iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang' @ kekacang fish', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.
Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein JamadilKubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam lagi.
Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan baginda YM Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.Memandangkan angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepai diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.
Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersma tujuh saudaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Subhanallah! Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.
Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.
Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu doanya telah makbul (rujuk buku Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu Bakar Adtjeh)iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang' @ kekacang fish', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.
Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein JamadilKubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam lagi.
Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan baginda YM Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.Memandangkan angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepai diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.
Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersma tujuh saudaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Subhanallah! Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.
Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.
Tuesday, July 30, 2013
10 MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN
DALAM satu hadis yang diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang
siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka
Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."
Mendirikan malam al-Qadar
bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya
daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam
yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan
oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk
mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:
A . Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim
bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan
melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata
bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.
Demikian pula beberapa riwayat
daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in
menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan
berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan
oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk
menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa
mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
b. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.
Imam Bukhari dan Muslim
meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah
apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan
menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat
pinggangnya.”
Sahabat dan ulama berbeza
pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka
bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang
terakhir Ramadan.
Ibadat yang biasa dilakukan pada
malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran.
Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin
`Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca
10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang
lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang
akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan
bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca
al-Quran dengan tertib.
Baginda tidak akan melalui ayat
rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak
melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah
daripada azab itu.
Solat berjemaah juga sangat
diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie
berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam
al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya
orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah
mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya
dengan amalan lain sepanjang malam itu.
Selain solat dan membaca
al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan
beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini
berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai
Baginda wafat.”
c. Memperbanyak doa.
Rasulullah bersabda doa adalah
otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah
diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam
terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan
at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam
al-Qadar.
Ulama bersepakat bahawa doa yang
paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan
kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan
Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun
tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah
Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”
Pada malam itu Allah akan
mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan
manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima
terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa,
orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”
KELEBIHAN BULAN RAMADHAN
IBADAT PUASA
Firman Allah Taala:
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ ..
"Bulan Ramadhan (ialah bulan yang sungguh mulia lagi berkat), yang padanya diturunkan Al-Qur'an .. (1)
Kelebihan bulan Ramadhan dan keistimewaannya diterangkan pula dalam hadith yang berikut:
_______________________________
7- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)
_______________________________
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
8- عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ
أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ
الشَّيَاطِينُ. (رواه مسلم)
8-
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila
masuk bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah
pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada
merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
Menurut
huraian ulama' rahimahumullah., bahawa terbukanya pintu-pintu
syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya
syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut
maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu. Dan boleh
juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang
berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenis
ibadat - yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya
daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya
yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga
yang menyelamatkannya dari hasutan syaitan dan dari azab neraka.
______________________________
Diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
9- عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ
رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ
الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ
لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)
9-
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila
bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat,
katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah
mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!
Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala
banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada
memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada
tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." (1)
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)
Bulan
Ramadhan ialah bulan yang mulia dan diberkati Allah. Tiap-tiap amal
kebajikan yang dikerjakan padanya digandakan pahalanya.
Dalam
hadith ini Rasulullah s.a.w. menyatakan: Apabila tiba bulan Ramadhan,
malaikat menyeru umat manusia menggunakan peluang yang baik itu dengan
mengerjakan amal-amal kebajikan lebih dari biasa dan sebaliknya
mana-mana yang hendak melakukan kejahatan janganlah mereka terdorong
melakukannya.
Malaikat
juga menerangkan dalam seruannya itu tentang kemurahan Allah Taala
membebaskan orang-orang yang berdosa yang dijanjikan dengan azab seksa.
Mudah-mudahan peluang yang baik dalam bulan yang mulia itu digunakan
dengan sepenuhnya. (2)
________________________
Lebih lanjut diterangkan lagi dalam hadith yang berikut:
10- عَنْ
سَلْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ يَا
أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيمٌ مُبَارَكٌ شَهْرٌ فِيهِ
لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، شَهْرٌ جَعَلَ اللَّهُ صِيَامَهُ
فَرِيضَةً وَقِيَامَ لَيْلِهِ تَطُوُّعًا، مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ
مِنَ الْخَيْرِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ
أَدَّى فَرِيضَةً فِيهِ كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعَينَ فَرِيضَةً فِيمَا
سِوَاهُ، وَهُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ وَالصَّبْرُ ثَوَابُهُ الْجَنَّةِ،
وَشَهْرُ الْمُوَاسَاةِ، وَشَهْرٌ يُزَادُ فِي رِزْقِ الْمُؤْمِنِ فِيهِ،
مَنْ فَطَّرَ فِيهِ صَائِمًا كَانَ مَغْفِرَةً لِذُنُوبِهِ وَعِتْقَ
رَقَبَتِهِ مِنَ النَّارِ وَكَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ
يَنْقُصَ مِنْ أَجْرِهِ شَيْءٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ
كُلَّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ
صَائِمًا عَلَى تَمْرَةٍ أَوْ عَلَى شَرْبَةِ مَاءٍ أَوْ عَلَى مَذْقَةِ
لَبَنٍ، وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلَهُ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ
وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ، مَنْ خَفَّفَ عَنْ مَمْلُوكِهِ فِيهِ
غَفَرَ اللَّهُ لَه وَأَعْتَقَهُ مِنَ النَّارِ، وَاسْتَكْثِرُوا فِيهِ
مِنْ أَرْبَعِ خِصَالٍ: خَصْلَتَيْنِ
تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ وَخَصْلَتَيْنِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا
فَأَمَّا الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ تُرْضُونَ بِهِمَا رَبَّكُمْ
فَشَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَتَسْتَغْفِرُونَهُ، وَأَمَّا
الْخَصْلَتَانِ اللَّتَانِ لَا غِنَاءَ بِكُمْ عَنْهُمَا فَتَسْأَلُونَ
اللَّهَ الْجَنَّةَ وَتَعُوذُونَ بِهِ مِنَ النِّارِ، وَمَنْ سَقَى
صَائِمًا سَقَاهُ اللَّهُ مِنْ حَوْضِي شَرْبَةً لَا يَظْمَأُ حَتَّى
يَدْخُلَ الْجَنَّةَ. (رواه ابن خزيمة في صحيحه)
10-
Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami
(dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari
bulan Syaaban sabdanya (1):
"Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang
besar kemuliaannya, lagi berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang
lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
"Bulan
yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain
dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam
harinya".
"Barangsiapa
mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu
dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu
perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan
barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada
bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang
diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan
Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya
ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan
memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan
rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa
menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya
yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus
dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti
pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan
pahala orang itu sedikit pun".
"Sababat-sababat
Baginda berkata: "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang
ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah
s.a.w. menerangkan: "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut
kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk
berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air
sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga
ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya
dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang
menjadi penebus dari neraka".
"Barangsiapa
meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam
bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari
neraka".
"Banyakkanlah
kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara
dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu
sangat-sangat perlukan. Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk
mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah: Pertama - mengucap:
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله
Kedua - (banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:
أستغفر الله
Ada
pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah:
Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu
ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan
menyebut:
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.
"Dan
selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang
yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan
memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan
sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa
dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.(2)
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
Demikian
mulianya dan berkatnya bulan Ramadhan dan demikian pula besarnya pahala
yang diberikan bagi tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan di
sepanjang bulan yang membawa rahmat itu.
____________________________
2. Al-Targhib (2:94) dan Misykat al-Masabih (1:615) dengan berlainan sedikit lafaznya
Subscribe to:
Posts (Atom)